The Salesman diarahkan oleh Asghar Farhadi, seorang pengarah 'atuer' dan 'subtle'. Dengan reputasi besarnya yang begitu, setiap aksi, dialog, prop dan sebagainya harus dipandang berat. Tambahan pula filem ini meneroka hubungan sesama manusia yang sangat kompleks yang tentunya terkait dengan emosi.
The Salesman sekali lagi menunjukkan kemampuan Asghar Farhadi dalam menghasilkan sebuah filem yang berkisar pada kehidupan manusia biasa tetapi sukar diterka hala tujunya. Membuatkan penonton tertanya-tanya apa yang akan berlaku seterusnya.
Watak Emad dan Rana adalah watak yang mempunyai latar belakang biasa membuatkannya relatable. Lakonan yang agak cemerlang Shahab Hosseini sebagai Emad dan Taraneh Alidoosti sebagai Rana memastikan emosi yang dialami dua watak utama itu sampai kepada penonton.
Dua gabungan ini (skrip yang sukar diterka dan watak-watak yang relatable), memastikan penonton akan kekal di bangku sehingga ke hujungnya. Filem ini banyak lapisnya. Terpulang bagaimana penonton melihatnya.
Bagi aku isi filem ini ada dalam babak-babak awal filem ini - prop-prop di teater dan apartmen pasangan Emad dan Rana yang retak akibat asasnya yang rosak kerana kerja-kerja pembangunan berdekatan. Memaksa mereka keluar dari situ dan berpindah ke apartmen baru. Malah mesin pengorek berjenama asing itu juga ada maknanya. Idea filem ini juga dapat dibaca dengan pemilihan 'Death Of Salesman' karya teater Arthur Miller dan 'The Cow' karya Gholam-Hossein Saedi. Pengakhirannya juga kabur dan terbuka.
Ambiguiti yang jawapannya hanya ada pada Asghar Farhadi.
Aku bagi 4.5/5 bintang untuk filem ini. Memang layak gondol Oscar untuk Filem Terbaik Asing 2017. Keunggulannya hampir menyamai A Separation dan About Elly, dua filem terbaik Asghar Farhadi.
Berbaloi untuk ditonton.
Sumber : fitri hussin
No comments:
Post a Comment