9 Amalan Hijau untuk penjimatan keluarga
Implikasi peningkatan kos sara hidup pada hari ini dirasai oleh setiap orang khususnya ibu bapa yang berpendapatan rendah. Bagi mengurangkan kesan yang disebabkan oleh peningkatan kos sara hidup, ibu bapa perlu cekap dalam aspek menguruskan kewangan keluarga. Salah satu caranya adalah dengan menyemai amalan berjimat di kalangan ahli keluarga.
Adakah anda menutup paip sinki semasa memberus gigi? Adakah anda membekalkan anak-anak anda dalam bekas makanan ataupun meletakkan makanan dalam plastik? ; Bagaimana pula keadaannya semasa anda membeli-belahadakah anda membawa beg membeli-belah sendiri ataupun I menggunakan beg plastik yang disediakan di pasar raya tersebut? Persoalan-persoalan seperti ini ada kaitannya dengan penjimatan yang ingin anda lakukan.
Memupuk amalan hijau di kalangan ahli keluarga dapat memacu anda dalam melakukan penjimatan. Amalan
hijau yang lazimnya dikaitkan dengan kesan kepada alam sekitar bukan sahaja membawa anda seisi keluarga ke arah kehidupan yang lebih baik, bahkan juga dapat membantu menyelamatkan alam sekitar. Ketahui 9 idea amalan hijau yang dapat membantu keluarga anda berjimat.
Sejuk berangin
Berapa banyak kipas angin di rumah anda, dan berapa banyak pula penyaman udara yang ada di rumah? Jika diberi pilihan, sudah tentu anda akan memilih penyaman udara bukan? Namun, bagi menjimatkan penggunaan elektrik anda, gunakan kipas angin lebih banyak berbanding penyaman udara. Pemilihan kipas angin yang betul juga memberi kesan kepada penggunaan tenaga elektrik anda. Pilihlah kipas yang berfungsi untuk menyejukkan ruang kediaman, bukannya sekadar cantik sahaja. Selain itu, pastikan juga kipas dibersihkan untuk memberikan kepuasan angin optimum di ruang kediaman.
Guna semula
Jika anda sedang hamil, cari semula pakaian anak anda untuk digunakan pada bayi baru lahir nanti. Begitu juga dengan penggunaan botol susu, lampin pakai semula (jika ada), kerusi keselamatan bayi, kereta sorong(stroller) dan lain-lain.
Kurangkan penyaman udara
Sekali-sekala anda boleh menggunakan penyaman udara. Akan tetapi, pastikan suhunya berada pada 20°C ke atas (sebaik-baiknya 23°C). Jangan letakkan suhu terendah iaitu 16°C kerana akan menyebabkan penggunaan elektrik yang lebih kuat. Malah, cecair penyejuk yang terdapat dalam penyaman udara, digunakan untuk melepaskan klorofluorokarbon (CFC) akan menyebabkan lapisan ozon menipis. Kerap bersihkan alat penapis yang ada pada penyaman udara dan patuhi jadual penyelenggaraannya.
Cabut plag
Matikan suis kipas, lampu dan penyaman udara jika tidak digunakan dan setiap kali keluar dari bilik. Setiap kali anda ingin meninggalkan rumah, tanggalkan plag peralatan elektrik selepas digunakan atau yang tidak digunakan.
Simpanan makanan
Peti sejuk turut menyumbang kepada faktor meningkatnya penggunaan elektrik anda… Bagi mengurangkan .penggunaan tenaga dalam peti sejuk, pastikan peti sejuk anda tidak sarat dengan muatan. Elakkan daripada membuka dan menutup pintu peti ais terlalu kerap kerana perbuatan ini akan menyebabkan penggunaan tenaga bertambah. Jika anda ingin memasak, keluarkan semua bahan yang ingin digunakan daripada peti sejuk dan letakkannya di atas meja. Selain itu,elakkan daripada menyimpan makanan yang panas di dalam peti sejuk.
Bawa beg membeli-belah
Sejak negara memperkenalkan kempen Hari Tanpa Beg Plastik pada setiap hari Sabtu, ramai ibu bapa yang mula
membawa beg membeli-belah sendiri. Tabiat ini sepatutnya diamalkan setiap hari bagi mengurangkan penggunaan plastik dalam kehidupan kita sekali gus menjimatkan kos pelupusan plastik.
Amalan kitar semula
Sama seperti yang dipaparkan di media massa amalan kitar semula perlu dipupuk di kalangan setiap orang. Ajar anak anda untuk mengasingkan bahanbahan yang boleh dikitar semula seperti kertas dan plastik Aktiviti mengasingkan kertas atau tin aluminium Juga mendatangkan pulangan kerana anda boleh membawa anak menjual barang-barang kitar semula |n| di tempat yang betul, dan hasilnya, anak anda berpeluang mendapat duit poket hasil usahanya mengumpulbarang-barang tersebut.
Gosok untuk seminggu
Selalunya, ibu akan menggosok pakaian suami dan anak-anak pada setiap malam atau pagi sebelum ke pejabat. Tahukah anda bahawa penggunaan tenaga setiap kali anda menggunakan seterika akan bertambah jika anda menutup dan membuka suis untuk pemanasan seterika. Jadi, amalkan menggosok baju seminggu sekali dengan cara mengumpulkan baju-baju yang hendak digosok untuk minggu tersebut.
Guna khidmat dalam talian
Pembayaran bil-bil anda boleh dilakukan secara dalam talian bagi mengurangkan penggunaan kertas. Malah, urusan lain seperti penyata atau penerimaan bil juga boleh dibuat melalui e-mel. Dengan cara ini, anda dapat mengurangkan tenaga, kos setem dan minyak. Selain itu, anda juga boleh menggunakan khidmat membelibelah melalui internet. Bukan hanya pakaian sahaja boleh dibeli secara ' online, bahkan barang-barang dapur turut tersedia kepada ibu-ibu yang tiada masa untuk ke pasar raya..
Thursday, August 10, 2017
9 Amalan Hijau untuk penjimatan keluarga
tips
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment