Rogol Adik Sendiri Sehingga Mengandung
SEMENYIH: Remaja lelaki berusia 16 tahun berjaya ditahan pada 5.30 petang semalam di rumahnya di Kampung Baru Cina, dekat sini selepas di dapati bersalah merogol adik perempuannya berusia 13 tahun sehingga mengandung.
Menurut sumber, mangsa telah dirogol lebih dari 10 kali ketika bapanya keluar bekerja sebagai pengawal keselamatan.
“Mangsa tinggal bersama bapanya yang berusia 42 tahun dan lima lagi adik-beradik yang lain manakala ibu mangsa sudah melarikan diri sejak sebulan lalu,” katanya.
Menurutnya, bapa mangsa mula mengesyaki sesuatu selepas melihat perut mangsa besar.
“Bapa mangsa membawa remaja tingkatan 1 itu ke hospital untuk pemeriksaan.
“Hasil pemeriksaan mendapati remaja itu hamil tujuh bulan sebelum mengaku dirogol abang sulungnya berkali-kali,” katanya.
Menurut Harian Metro, remaja perempuan berkenaan kini berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Sumber : peraktoday.com.my
Wednesday, August 9, 2017
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment