Wednesday, August 9, 2017

Dalam Masa 18 Jam, Muzik Video Pejamkan Mata Ditonton 83 Ribu Kali

Dalam Masa 18 Jam, Muzik Video Pejamkan Mata Ditonton 83 Ribu Kali



Pada tarikh 8 Ogos 2017, muzik video Pejamkan Mata telah dimuat naik ke Youtube secara rasminya.



Dalam masa 18 jam, lagu yang menggandingkan Dayang Nurfaizah dan Malique ini telah mendapat sebanyak 83 ribu tontonan dan menjadi trending di Youtube pada kedudukan ke-lapan.

Pastinya ini suatu fenomena yang luar biasa tambahan pula para pelakon bagi muzik video ini juga bukan calang-calang orangnya.

Beto Kusyairi, Johan As’ari, Uqasha Senrose dan pelakon cilik Nik Adam Mika, empat nama besar dalam industri seni tanah air telah bergabung bagi menjayakan muzik video ini.



Pastinya, kolaborasi mereka telah memberi satu sentuhan hasil karya yang mengagumkan.

Arahan oleh Zul dari produksi Luey Motion Lab dan penggambaran muzik video ini hanya mengambil masa satu hari sahaja.

Teristimewa buat peminat Malique dan Dayang Nurfaizah, lagu ‘Pejamkan Mata ’ edaran Warner Music (M) Sdn. Bhd  ini boleh dimuat turun dan distrim disemua digital platform seperti Apple Music, Spotify, JOOX, Yonder Music dan KKBox.

Sumber : gempak.com

No comments:

Post a Comment