Pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof mencipta sejarah apabila merangkul kategori Pengarah Terbaik di Festival Filem Asia Pacific ke – 57 yang berlangsung di Phnom Penh, Kemboja semalam.
Syamsul sama sekali tidak sangka pada mulanya filem Munafik mara hingga ke peringkat antarabangsa, malah tidak pernah sesekali meletakkan harapan untuk menang.
Namun, siapa sangka kemenangan itu milik Syamsul Yusof dan berita ini diberitahu oleh bapanya sendiri, iaitu Datuk Yusof Haslam .
Bagi Syamsul , filem Munafik ini sarat dengan mesej dan pengisian yang ingin disampaikan hingga membuka mata pihak luar bahawa Munafik bukanlah filem seram semata-mata.
Kemenangan filem Munafik ini melambangkan filem berbentuk dakwah ini makin diterima hingga ke peringkat global.
“ Tunjang utama Munafik adalah sebuah filem keagaamaan, siapa sangka ia diberi pengiktirafan antarabangsa dan dakwah itu dapat dilihat”
Sumber : gegar.fm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment