FILEM HANTU KAK LIMAH DALAM REALITI MASYARAKAT MALAYSIA
1. Harap Subsidi - Orang kampung semua tunggu subsidi baja. Realitinya, minyak dah tak ada subsidi dan diikat pada purata harga minyak mingguan, namun orang kita masih hidup dalam illusi subsidi. Dan tanpa kita sedar, kita jadi bangsa yang diikat oleh subsidi dari A hingga Z.
2. Percaya Khabar Angin - Semua orang kampung sangka kak limah hantu padahal dia gila. Hari ini kat facebook, berapa banyak antara kita senang sangat percaya khabar angin. Khabar angin berlambak kita peluk laksana sebuah kebenaran yang nyata. Lagi-lagi dari politikus pujaan kita.
3. Kalau kerja gomen semedang seminar - si baler keje bawak ambulans asyik-asyik ade seminar. Maknanya orang kita ni, terutama yang kerja kerajaan, dan swasta juga (jangan nak lari) banyak yang nak mengular dengan seribu alasan. MC lah, ada seminar, bini sakit dan sebagainya.
4. Belum apa-apa dah menghukum - contoh anak kak limah pergi panjat gunung kinabalu, sihat walafiat tapi pak abu si ketua kampung kata dia mati jatuh gaung. Itulah orang kita. Sebuah kes belum diadili, namun ramai yang dah jadi hakim jatuhkan hukum. Lagi-lagi kes jenayah yang viral.
5. Tak tengok akademi fantasia ke - sikap masyarakat yang suka tengok rancangan hiburan. Kita dari dakwah agama, ke menyanyi, jawab kuiz, semua harus dibawa dalam bentuk hiburan menandakan bahawa sesungguhnya masyarakat kita berenang dalam hendonism.
6. Panggil bomoh globalisasi - semedang ada yang mohon bantuan perdukunan dan perbomohan. Seolah-olah semua penyakit di dunia ini ialah angkara ilmu hitam dan bomoh. Seolah-olah semua perkara yangt berlaku di dunia adalah angkara jin, hantu dan iblis sahaja. Bagi aku, nak percaya bomoh ni semua selepas kau ikhtiar habis perubatan moden.
Perubatan moden tu bukan fizikal jer, tapi mental. Berapa banyak antara kita yang tak tahu kita ada penyakit mental. Bipolar, Multiple Personality Disorder, dan gejala-gala seperti kemurungan, depresi yang melampau. Banyak yang salah faham penyakit yang disebut di atas dengan buatan orang. Akhir sekali penyakit yang boleh diubati dek perubatan moden, kekal jadi barah apabila kita lagi suka baca jampi dan percaya orang hantar jin.
Orang kita hari ini juga suka benda ajaib dari benda sains yang ikut peraturan alam. Sebab tu produk pseudo-sains yang jelmaan amalan perbomohan alaf baru banyak dianuti banyak orang kita. Dan ingat ya, bomoh-bomoh ni dosa berat. Khurafat. Jumpa ustaz pulak pastikan kita jangan lupa perubatan moden. Yang berjumpa dengan ustaz, secara peribadi kata saya periksa sakit secara fizikal dan mental di hospital sebelum berjumpa dengan ustaz. Biar ikhitiar secara halus ini kita jadikan jalan selepas mencuba
7. Hamba Politik - sembang pasal Che Nin meninggal dunia tapi larut ke pilihanraya. Maknanya orang kita ialah hamba politik tanpa kita sedar. Hari ini lihatlah di portal-portal berita online, kisahnya pasal perogol rogol anak, entah dikaitnya dengan Najib. Kisah pasal anak-anak tahfiz jadi mangsa khianat, di doanya politikus yang dibenci jadi abu dibakar hidup-hidup.
8. Tindakan melulu - Ucop gila nak bakor rumoh kak limah secara demokrasi katanya. Tragedi rumah tahfiz dibakar kerana kononnya khianat adalah kerana perbuatan melulu suspek. Rakyat Malaysia terus menjatuhkan hukuman tanpa perbicaraan juga tindakan melulu. Mereka yang menaikkan ke facebook gambar-gambar OKT bawah umur ini juga tindakan melulu.
Mereka yang menunding jari ke pelbagai pihak dalam kes tragedi ini juga melulu. Mereka yang mintak seluruh tahfiz kena tutup jugak melulu. Mereka yang bukan Islam yang memandai-mandai menyamakan konsep martyr dan syahid akhirat dalam Islam lalu menembak orang Islam pun sebuah tindakan melulu. Kita adalah bangsa yang terlalu melulu-lulu dalam segala tindak-tanduk kita.
9. Sembang kencang - Abi Hurairah bawak moto lari dari kak limah katanya 8 tiang dia pergi padahal 8 batu nesan je. Ini tak perlu aku ulas. Setiap hari ada jer manusia sembang kencang. Lagi-lagi kat facebook ni. Hiperbola jer lebih. Yang tak boleh tahan, yang suka sembang kencang dengan kisah versi "makcik pakcik jiran mak aku yang nampak" semata-mata nak justifikasikan cerita dia.
10. Mesyuarat JKKKKKKK - panggil semua orang kampung untuk cari jalan menyetel dan meng-settle-kan masalah hantu kak limah Dalam aspek ini, ia menggambarkan kepimpinan pemerintah yang mana bila ada musibah baru nak tubuhkan suruhanjaya khas, siasatan khas, mesyuarat tergempor, pasukan khas kajian. Padahal kalau pemerintah dah ambil langkah berjaga-jaga, SOP yang betul, dan pengurusan yang cemerlang, kebanyakan masalah tidak perlu suruhanjaya khas, siasatan khas, dan sebagainya.
11. Kita bubarkan parlimen, tubuhkan parti baru - Pak Abu tiba-tiba sarankan usul diatas bila ditanya apa tindakan selanjutnya semedang bomoh-bomoh globalisasi gagal mengekang kak limah.Yang ini setempek kepada ahli politik. Bila tak setuju lompat parti. Tubuh parti baru. Tak pun masuk parti lawan.
12. Tak nampak kemajuan depan mata - masa awal-lawal filem ni ditunjukkan jaga kilang pasior kena sampuk dek ufo. Diakhir filem, bila orang-orang kampung dan ambulans kejor kak limah ghopenye yang disampuk tu bukan ufo tapi kren. Baler si pemandu ambulans sindir - itulah kemajuan didepan mata tak nampak.
Ini menunjukkan perlambangan masharakat yang seharian mengomel sana sini akan kekurangan yang semerba walhal banyak pembangunan dan penambahbaikan wujud didepan mata tapi buat-buat tak nampak. Mungkin sebab silau dek politik. Anggap lampu kren tu politik kepartian yang menyelubungi massa dengan persepsi tak baik berkenaan negara.
13. Aku ini ourang Indonesiyya - yang ni bukan masharakat kita tapi orang negeri seberang yang apa benda pun dia nak menang, dia je yang hebat, dia je yang serba serbi bagus. Depa je la yang betul. Depa sajalah yang paling mendunia. Kopassus no 3 paling kuat di Asia kata deme. Siap jampi lah natrium kalsium magnesium segala. Lawan yeti la. Sampai terusan Suez la. Gunung Everest lah. Bomoh globalisasi lah. Sekali kena tampor kak limah menggelupur serba serbi.
14. Ucop Yang Tak Lumpuh Tapi Pakai Wilcha - sI Ucop ni suruh si Abi dok tolak dia dalam kerusi roda. Tapi sebenarnya kaki dia elok jer. Tapi penduduk kampung seolah-olah buat-buat buta akan kemampuan Ucop.
Ini adalah perlambangan kepada orang Melayu yang yang rela disontot oleh scammer, MLM, skim piramid dan seumpama dengannya. Bukti penipuan dah ada depan mata. Orang tu ada track rekod menjahamankan periuk nasik orang. Tapi atas nama "tak baik menjatuhkan bisnes orang Melayu", maka ramai rela ditipu oleh para scammer.
Sama juga dengan kes orang ternama. Hanya sebab depa ada nama, kaya-raya dan berjawatan, banyak orang kita tutup mata akan perangai jelik mereka. Alasannya, "dia tu Melayu berjaya, kaya-raya. Kau ada apa?" Maka kita berterusan jadi masyarakat yang tutup mata akan kesalahan orang berkedudukan. Perangai tidak senonoh mereka ternampak halal di mata kita.
Lagi-lagi dalam filem, Ucop anak saudara tok ketua. Berkedudukan. Tak gitu?
Monday, September 18, 2017
FILEM HANTU KAK LIMAH DALAM REALITI MASYARAKAT MALAYSIA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment