Tarikh Pembayaran BR1M Fasa 3 (Ogos 2017) Sudah Diketahui. Jom Semak.
Sebelum ini kami mendapat info mengenai bayaran ketiga BR1M 2017 akan dibayar bermula 21 Ogos 2017 kepada semua penerima BR1M 2017 yang layak.
Namun, tarikh sebenar bagi bayaran BR1M 2017 telah pun diumumkan melalui laman web rasmi ebr1m dan tarikh pembayaran peringkat ketiga BR1M 2017 akan dibuat mulai 15 Ogos 2017 secara berperingkat.
Ini bermakna dalam tempoh 2 minggu lagi, penerima BR1M 2017 akan mendapat bayaran ketiga BR1M 2017 masing-masing. Tahniah!
Bagi yang masih menggunakan penerimaan BR1M 2017 melalui baucar (voucher), seperti biasa anda akan menerima dua atau tiga hari lebih awal berbanding mereka yang menggunakan akaun bank.
Untuk bayaran terakhir BR1M 2017 ini, hanya kategori 01 dan kategori 02 sahaja yang akan masing-masingnya akan menerima RM400 dan RM300.
Jangan lupa untuk mengemaskini butir peribadi anda untuk BR1M 2018 yang akan datang dan dengar cerita bayaran akan dinaikkan. Yippie!
Tarikh yang tepat pengkreditan duit BR1M kepada penerima akan dimaklumkan oleh kerajaan menerusi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
Pemohon disarankan melayari Portal
Rasmi e-BR1M https://ebr1m.hasil.gov.my
kerana sebarang maklumat terkini akan dimaklumkan dalam Portal rasmi tersebut
Sila ambil perhatian terhadap setiap pemberitahuan. Peringatan yang dinyatakan dalam Portal Rasmi e-BR1M.
Jadilah pengguna internet yang bijak dengan mendapatkan maklumat dari sumber yang tepat dan sahih
Selain itu, tarikh tersebut turut akan dikemaskini oleh MYsumber dalam ruangan jadual di atas serta maklumat terkini yang berkaitan. Harap maklum
Agihan BR1M 2017 mengikut tarikh pembayaran adalah tertakluk kepada perubahan. Sebarang perubahan akan dikemaskini dengan kadar segera
Pengkreditan Duit BR1M 2017 Dan Info Berkaitan
1. Duit BR1M 2017 Masuk Dalam Akaun Penerima
– Pembayaran akan dibuat secara berperingkat-peringkat mulai tarikh yang dinyatakan menerusi akaun bank penerima berdasarkan maklumat nombor akaun simpanan diberikan oleh penerima semasa melengkapkan maklumat permohonan baru atau kemaskini
– Kecepatan pengkreditan duit BR1M ke dalam akaun simpanan turut bergantung kepada sistem bank penerima
2. Duit BR1M 2017 Melalui Baucar
– Sebahagian kecil penerima yang belum memiliki akaun bank atau tidak memberikan maklumat nombor akaun simpanan semasa membuat / mengemaskini permohonan akan menerima BR1M dalam bentuk baucar yang akan dipos terus ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)
– Pembayaran BR1M dalam bentuk baucar turut dibuat secara berperingkat-peringkat dan penerima baucar berkemungkinan akan lewat dapat berbanding penerima yang memilih pembayaran BR1M disalurkan melalui akaun simpanan bank
Cara Buat Semakan Status Permohonan / Kemaskini
Untuk mengetahui Permohonan atau Kemaskini diluluskan atau tidak, pemohon dan penerima boleh membuat semakan melalui kaedah berikut:
– Menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan) ataupun emel ke br1m@treasury.gov.my
– Melalui online di https://ebr1m.hasil.gov.my
– Keputusan permohonan pemohon juga akan dimaklumkan melalui surat jawapan yang akan dihantar ke alamat kediaman seperti terdapat dalam rekod
Sumber : tehpanas.com
Monday, August 7, 2017
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment