Nasi semalam jadi Kuih..
Nasi semalam yang tak habis jangan dibuang..
Boleh buat kueh apam…
Nak pulak musim hujan sejuk nie.. makan apam panas2 kene pulak dengan air teh O tak sedar berbiji2 masok mulut 😄😄
Resepi Apam Nasi
Bahan2
-1cawan nasi sejuk
-1cawan gula
-1 1/2cawan air
(Blender 3bahan ni hingga halus hancur nasi)
-1cawan tepung gandum
-1cawan tepung beras
-1sudu kecik mauripan
(3bahan ni di gaul sebati)
-kelapa parut(gaul dgn sedikit garam. Kukus 5minit)
Cara2
Tapis bahan blender dan masukkan dalam bahan tepung. Kacau hingga sebati.
Bahagi beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
Perap adunan 3 jam
Lepas perap panaskan kukus hingga air mendidih
Sementara nak tunggu air kukus mendidih sapu acuan lompang dengan minyak. Masukkan adunan dan kukus guna api besar
Kukus selama 15-20minit. Angkat sejukkan sekejap.
Keluarkan dari acuan. Tabur kelapa parut
Selamat mencuba…
sumber:Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) FB
No comments:
Post a Comment