FILM | Vikram Vedha (2017)
Rating: 7/10
Pernah tak anda tengok dalam mana-mana filem PDRM kalah kat tangan orang jahat?
Dalam perfileman Malaysia, PDRM tidak boleh ditunjukkan sebagai satu entiti yang lemah. Maksudnya, kalau dalam filem ada babak org jahat cuba memperbodohkan PDRM atau cuba bersekongkol ngan PDRM dalam membuat jahat, scene nih akan dipotong atau ditapis sepenuhnya oleh FINAS atas permintaan PDRM. Ini adalah ground rules kalau nak guna imej PDRM dalam mana-mana filem. Industri Bollywood dan seangkatannya pula mempunyai kebebasan yang lebih meluas. Polis India boleh ditunjuk menerima rasuah, bersekongkol dengan Thakur Sahab membuat onar dimuka bumi ini.
Namun, realitinya, kerana kes jenayah yang terlalu tinggi di India dan proses red-tape yang terlalu rumit di negara penuh demokrasi itu, kebanyakan penjenayah akan berjaya keluar semula ke jalanan. Maka, pada lewat abad ke-20, terma "Encounter killings" telah jadi famous di kalangan polis dan rowdy di India. Satu skuad khas dikenali "Encounter skuad" atau "Encounter specialist" diwujudkan 'off-record' dengan polis sering menyalahgunakan kuasa untuk menutup pembunuhan suspek ketika mereka berada dalam tahanan atau ketika tidak bersenjata.
Filem ini mengisahkan bagaimana skuad 'Encounter' ini cuba mencari dan membunuh penjenayah yang dikehendaki kerana melakukan pembunuhan yang banyak. Ini bukan cerita biasa Kollywood (Tamil). Skrip dan jalan cerita disusun rapi dan membelenggu penonton dengan teka-teki pembunuhan yang dilakukan Vedha. Kenapa Vedha mahukan Vikram? Kenapa Vikram seorang sahaja yang dapat memahami cerita-cerita yang dikisahkan oleh Vedha? Adakah Vedha akan tertangkap? atau Vikram akan terkorban? Ingat, ini bukan cerita tipikal.
Act 1, Malaikat :- Vikram (Madhavan) seorang polis yang berprinsipkan bahawa semua keputusan di dunia ini hanya terbahagi kepada dua pilihan sahaja, samada kebaikan atau kejahatan. Beliau juga sangat genius dalam menguraikan crime-scene dalam flashback yang menarik untuk dilihat. Penakulan yang dibuat oleh Vikram sentiasa nampak logik dan praktikal.
Act 2, Azazel :- Vedha (Vijay Sethupathi) adalah gangster yang penuh misteri. Dia tidak percaya duniawi ditakdirkan untuk manusia memilih hitam atau putih. Maka dengan ini, bermulalah permainan kucing dan tikus antara dua gergasi ini. Vedha dilihat sebagai seorang yang sentimental dengan adik lelaki beliau. Menghilangkan diri dari dunia mafia tetapi kembali melakukan jenayah setelah skuad "Encounter" diwujudkan. Kebetulan? mungkin tidak.
Act 3, Klu :- Setiap pertemuan Vikram dan Vedha telah dirancang dengan teliti oleh Vedha sendiri. Pertemuan ini pula diikuti dengan satu kisah silam oleh Vedha kepada Vikram. Pada akhir cerita Vedha akan memberikan dua pilihan dan Vikram perlu memilih ending cerita tersebut. Kenapa? Sebab setiap ending yang Vikram pilih, Vedha akan membunuh seorang watak dalam dunia sebenar berdasarkan pilihan Vikram tanpa disedari.
Act 4, Takdir :- Filem ini bertambah menarik apabila Simon si rakan karib Vikram sendiri terbunuh / dibunuh (main twist filem nih nak cari kenapa dan siapa yang bunuh Simon). Cara dan sudut pelik peluru di badan Simon menimbulkan banyak keraguan dan suspek. Vikram yang kini mempunyai dendam terhadap Vedha tidak lagi mengendahkan logik akal beliau. Tetapi benarkah Vedha yang membunuh Simon?
Apabila karekter penjahat dalam sesuatu filem sangat menonjol, watak hero secara otomatik akan jadi lagenda. Inilah rumusan cerita ini. Sepanjang filem ini, Vedha sengaja meninggalkan banyak klu untuk Vikram, setiap kali Vikram berjaya mengacukan pistol ke kepala Vedha dalam jarak dekat, Vedha selalu mempunyai jalan keluar. Bayangkan, Vedha menyerah diri di ibu pejabat polis sejurus sebelum misi “Encounter” nih dijalankan dan still dapat melepaskan diri dengan ikat jamin. Adakah Vedha mempunyai orang dalam? Aku tinggalkan suspen nih bersama pembaca. Sila tonton.
Sumber : what the f
No comments:
Post a Comment