Sudah lumrah manusia yang sudah dewasa mahukan hidup secara berpasangan supaya mereka boleh saling melengkapi antara satu sama lain.Bermula dengan perkenalan dan mengenali hati budi masing-masing, apabila rasa sayang sudah ada, maka langkah seterusnya adalah ke alam perkahwinan. Itu adalah normal apabila seorang lelaki menikahi seorang perempuan yang halal untuk di kahwini.
Namun bagaimana pula dengan perkahwinan sesama lelaki dari kaum sejenis? Ia di lihat sanagt jelek dan songsang dan melanggar fitrah. Begitulah yang berlaku baru-baru ini dan viral di mana sepasang kekasih gay telah melangsungkan perkahwinan di Thailand.
Kedua-duanya iaitu Ar Buribun (suami), 29, dan Trarapet Sansai (isteri), 26 selamat di kahwinkan May lepas dengan meriah sekali.Menurut laporan portal DailmyNews Thailand, kedua-duanya mula berkenalan dan sudah sudah bercinta sejak 4 tahun yang lepas.
Pada asalnya, keluarga agak menentang perancangan mereka berdua kerana tidak pernah di lakukan oleh kelaurga dan saudara-mara.Oleh kerana mereka mendesak dan terlalu cinta antara satu sama lain, maka orang tua mereka juga akhirnya setuju.Maka keluarga lelaki pun datang meminang keluarga bakal “isteri” dengan wang hantaran sebanyak 300,000 Baht iaitu lebih kurang RM 37,000 duit Malaysia. Terlalu banyak namun itulah nilai yang di letakkan buat pengantin tersebut.
Selain itu pengantin lelaki juga memberikan emas dan kereta buat pengantin wanita sempena pernikahan mereka.Majlis perkahwinan itu telah di hadiri oleh 600 orang tetamu yang terdiri dari rakan taulan, sanak-saudara, jirang tetangga dan rata-rata mereka juga mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin berkenaan.
Menurut pengantin lelaki dia sudah punya rasa cinta kepada pengantin perempuan itu sudah sekian lama namun takut untuk memberitahu kelaurganya. Namun dia terkejut apabila hubungan cinta mereka di restui kelaurga hingga dapat ke jinjang pelamin.
Kes pasangan gay ini bukanlah pertama kali berlaku di dunia ini. Rata-rata netizen mengecam keras keputusan mereka berkahwin kerana di lihat sebagai tidak normal.
Sumber: Kisahdunia
No comments:
Post a Comment