Berita Baik!! Anda Boleh Cek Sendiri Online Wang Tidak Dituntut (WTD) Tanpa Perlu Beratur Panjang Di Bank.. Maklumat Lanjut Di Sini
Bagi memudahkan rakyat menyemak Wang Tidak Dituntut (WTD), Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) mengambil langkah proaktif dengan membangunkan portal semakan dan permohonan dalam talian khusus bagi urusan tersebut.
Walaubagaimanapun, anda hanya boleh mengakses portal tersebut yang dijangka mula beroperasi tahun depan.
“Kita memahami keperluan portal ini berdasarkan keadaan semasa yang mahukan proses semakan lebih cepat dan mudah tanpa perlu bersusah payah beratur di kaunter.” menurut JANM
“Namun apa yang perlu lebih difahami masyarakat adalah semakan WTD ini tidak mempunyai tarikh luput, jadi jika tiada keperluan mendesak, orang ramai tidak perlulah membuat semakan serentak pada satu masa sehingga mengakibatkan kesesakan di kaunter JANM,” katanya.
Buat masa ini, para pengguna hanya boleh membuat semakan di semua pejabat JANM negeri di seluruh negara.
Kaunter Pejabat JANM dilaporkan sesak beberapa hari ini berikutan diserbu ribuan orang yang mahu membuat semakan WTD.
Semuanya berlaku gara-gara pendedahan yang tular mengenai seorang wanita yang mendakwa mendapat RM14,000 selepas membuat semakan WTD miliknya.
Namun, rata-rata pengguna yang membuat semakan pulang hampa apabila hasil semakan tidak menemui sebarang baki wang walaupun telah lama beratur menunggu giliran.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment