Thursday, August 17, 2017

20 Tanda Cinta Semakin Pudar..Jika cinta semakin pudar di hati, kasih sayang akan mula terhakis…

20 Tanda Cinta Semakin Pudar..Jika cinta semakin pudar di hati, kasih sayang akan mula terhakis…

       
Jika cinta semakin pudar di hati, kasih sayang akan mula terhakis dan terancam walau pun kita bermati-matian mengatakan cinta itu tetap milik kita. sayangnya dalam berjuang mempertahankan atau cuba mengembalikan cinta pasangan, apa yang berlaku adalah kita tidak kembali merebut cinta dengan cinta.



Kita salah langkah, salah bertindak juga salah mengadaptasikan kembali rasa cinta itu kepada suatu hubungan yang harmonisJusteru itu cinta akan semakin jauh untuk dikembalikan, semakin jauh untuk diraih kerana kita membuatkan hubungan semakin jauh untuk dikembalikan, semakin jauhuntuk diraih kerana kita membuatkan hubungan semakin jauh, semakin panas dengan rasa marah, rasa baran dan sebagainya. mengapa cinta semakin pudar? mengapa susah meraih cinta?

mungkin ini jawapannya:

Bertemu orang lain

Salah satu sebab utama mengapa cinta putus, ialah apabila anda bertemu orang lain yang dirasakan sangat memahami jiwa raga anda. anda juga merasakan sikap-sikap pasangan semakin membosankan malah anda mula melihat kelemahannya tidak kira cara penampilan, caranya bercakap dan sebagainya. jadi bila anda bertemu seorang yang sesuai, anda akan meninggalkan dirinya dan pergi kepada orang yang anda rasakan sesuai.

Cuai menjaga hati

hati adalah satu perasaan yang sangat halus. Hanya mereka yang benar-benar bercinta sahaja yang dapat merasainya. Namun ada kalanya mulut saja mengungkapkannya namun tidak dengan perasaan. Sebabnya sesetengah pasangan beranggapan, bila kata-kata sayang sudah diluahkan itu tandanya satu ikatan sudah termeterai. Namun jika hanya percakapan sahaja tetapi tidak disertakan dengan cara, perbuatan dan sebagainya, hati tidak akan merasai nikmat cinta itu.

Tidak hairanlah ia semakin pudar dan hanya tunggu masa untuk berpisah.

Bosan

Selain bertemu orang lain dan anda cuai menjaga hatinya, salah satu perkara lagi ialah mengapa diri menjauhi pasangan adalah kerana bosan. Bila anda menjalin hubungan terlalu lama, terikat dengan satu komitmen, anda akan mudah bosan. Bila asyik bertemu orang yang sama, bekerja ditempat yang sama, pergi dan balik juga sama dan semua ini akan membuatkan suasana sangat membosankan. Kesannya rasa cinta anda akan semakin berkurangan.

Jarak semakin jauh

Cinta memerlukan pengorbanan, kasih sayang dan sebagainya. Namun cinta akan semakin pudar bila mana hubungan anda semakin menjauh terutama apabila anda menjalin suatu hubungan terlalu lama. Awalnya anda merasakan pasangan seorang yang sangat membosankan, lama kelamaan bila hati semakin menjarak, silap-silap anda merasakan pasangan adalah seekor dinausour yang perlu anda jauhi.

Tiada lagi sefahaman

Semakin lama mengenali pasangan, anda sudah tahu buruk dan baiknya. Apabila semakin banyak keburukkan pasangan yang anda nampak, anda akan semakin menjauhinya dengan pelbagai alasan. Selain itu, anda juga akan kerap bergaduh walau pun untuk hal-hal remeh-temeh bila cinta tidak lagi wujud


20 tanda cinta semakin pudar..

Malas angkat telefon..
Pape hal asyik cakap malas, malas, malasss jer..
Bila ajak keluar, asyik busy memanjang..mcm lar dia YB..!
Sudah pandai bergurau secara kasar n menyakitkan hati..
Mula menggelakkan diri dari bejumpa..
Dia dah x kisah kalau tak jumpa pun..sebulan x jumpa lagi bagus..
Bila dah janji date, tapi lupa nak datang..alasan lapuk diberi..lupa larr..tertido…
Apa kita buat dah tak betul dimata dia..
Dia nampak kelemahan kita lebih dari kebaikan..
Taip sms pun pendek2 jer..
Bila kita cakap “i love u”, dia balas ‘errrmmm..” jer..?!!
Bagi alasan.. “awak nie terlalu baik untuk saya..saya tak layak untuk awak..”.. masa ngorat kita dulu xde pulak timbul hal tu..!
Bila ajak jumpa parent, macam2 cara dia cuba menggelak..
Dah jumpa parent pun alasan banyak, nak cakap hal “kahwin”..?? kejap jer dia tukar topik..
Dia dah tak kisah apa yang jadi pada kita..
Susah nak senyum @ gurau2 macam dulu-dulu..
Dengan orang lain dia boleh cakap ‘single’..!
Dulu-dulu asal nak keluar dating jer mesti nak pakai baju matching..sekarang dah taknak.. rimas katanya..poyo plak dah katanya sekarang..
Dulu sanggup tolak ajakan kawan semata-mata nak keluar dengan kita.. tp sekarang dah terbalik..
Dulu boleh jer bergayut berjam-jam.. sekarang 5 minit pun susah,..katanya hp cepat panas..

Sumber:

http://fendystudio.blogspot.my

http://airynkauthsar.blogspot.my

No comments:

Post a Comment